Friday, July 17, 2009

Pelajar MCKK balik kampung

Para pelajar MCKK menggunakan peluang cuti balik kampung pada 17 - 19 Julai untuk bertemu dengan ibu bapa sebelum bermula peperiksaan percubaan SPM/PMR dan Ujian Selaras 2. Cuti kali ini, para pelajar menggunakan ruang dan peluang ini untuk memohon restu ibu bapa untuk persediaan menghadapi peperiksaan. Namun begitu, seramai lebih kurang 120 pelajar tidak pulang ke kampung.

Program Perkembangan Staf MCKK


18 Julai 2009(Sabtu), suatu Bengkel penghasilan blog telah diadakan kepada guru-guru MCKK bertempat di Bilik Komputer 2 The Malay College. Tujuan bengkel ini dijalankan adalah untuk memantapkan pengisian bahan P & P kepada para pelajar. Para guru berpeluang untuk mewujudkan self access learning environment kepada para pelajar. Bengkel ini dihadiri oleh lebih kurang 20 orang guru dari pelbagai panitia. Tenaga pembimbing bagi bengkel ini ialah En.Mohd Razak dan En.Lokman dari IT Base. Semoga program ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para guru keseluruhannya.